CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 22 December 2011

22 Disember 2011 . A scary day ever .

Assalamualaikum . Hai guys . 22 Disember 2011 , tarikh KERAMAT for all students batch form 3 2011 . Efa ambik result lambat sikit dan terima kasih kepada Hanifa sebab tumpangkan Efa pergi sekolah ambik result . Datang2 sekolah terus nampak wani dengan mak dia , then macam biasa budi bahasa budaya kita , salamlah apa lagi . Then , Fatin dah tunggu depan Koop suruh Efa dengan Hanifa ambik cepat result . Before tu jumpa Aunty Aizah . She was so happy . Ayie congrates hang dah dapat membanggakan ibu hang .


Sampai depan Bilik Pendidikan Khas , terus berdebar bukan apa sebab kitorang ambik result kat situ . Jumpa cikgu ,  tiba-tiba result Efa tak ada , Fatin pulak cakap "Wani , Efa result korang tak ada , hilang !"muka Efa dah cuak dah dalam kepala dah terpikir "macam mana boleh hilang ?, betul lah Efa kelas AB bukan kelas lain . " Cikgu pulak cakap " maybe result awak kat dewan kot ." Lagi lah pelik result kat dewan ? Kenapa pulak ? Fatin pulak cakap "kau tahu tak ? Yang result kat dewan semua dapat STRAIGHT A'S ." Hah ! (mukaterkejutberuk) . Air mata teru mencurah ke ladang gandum . Terus call mama , ayah dengan abang . Syukur-syukur Efa termasuk golongan pelajar yang dapatt Straight A . Jumpa Hanis and Hada . Tapi tak sempat ambik gambar sebab terlampau gembira . Alhamdulillah Ya Allah . Anyway Hanis pon dapat result GEMPAKK ! Hanissss , congrates !!


Pergi dewan ramai dah menunggu slip , jumpa mak Hanifa terus peluk . Al- Maklumlah Efa tak kasi mama Efa datang , tu yang peluk mak orang . Haha . Bukan apa takut tak dapat apa yang di target . Tiba-tiba nampak one group . Nama group tu ntahlah tapi semua dianggotai oleh pelajar kelas Budi and Yakin . Ahlinya Izlyn , Diyana , Dania , Atiqah , Hasya , Tasha , Syasya , Ain , Nami , Zarith and Raja . Rasanya tu je lah kot ahlinya . Not sure . Yang mana Efa tak ingat tu sorry ye . Jumpa diorang semua sambil lari dengan tak malunya orang sekeliling ada terus jerit " Aku dapat Straight A !!!!" lepas Izlyn tanya "kau dapat berapa?" masa tu happy sangat sebab Izlyn kata semua gang kita dapat Straight A . For sure gang Efa since Standard 5   Izlyn ,Atiqah , Diyana and me Effa Syahirah . Gang I LOVE U ALL SO MUCH DEAR .


Ambik sijil kOkorikulum dekat belakang dewan  . Ustazah Anny and mak Izlyn pon tanya dapat berapa . Orang tanya mestilah jawabkan . So cakap lah dapat 9A . Ustazah Anny terkejut jugak Efa dapat 9A , she wish congrates and said sure your mum will happy with your results . Kejap-kejap korang mesti pelik kan sebab Ustazah Anny cakap macam tu . Actually , Efa tukar language , Ustazah cakap B.Melayu bukan English , kalau ustazah cakap Arab takut Efa tak faham pulak . Then , duduk balik dengan gang Budi and Yakin , take-take picture . Ni gambar yang sempat di ambil .

                                          That's my Budi's friends .



                               Inilah gang Efa since standard 5 . Sweet kan kitorang . Ok perasan .





Dah habis ambik gambar semua Majlis Pemberian Slip dimulakan . Kitorang semua duduk depan kot . U know depan sekali . Malu cek . Semua pelajar ambik slip ikut nama masing-masing . Tak kan nak ambik orang lain punya pulak kan . Ambik gambar lagi tapi ni yang ramai-ramai . Gambar bersama Pengetua   . 




Nak tahu tak yang dapat Straight A 59 orang . Penambahan 11 orang daripada tahun lepas . Tahun lepas 48 orang . Kira ok lah tu kan . 9A 15 orang  , selebihnya aliran biasa . Kitorang habis lambat sikit dalam pukul 12 tengah hari . Jumpa cikgu semua and balik . Itu lah hari yang paling indah buat Efa sebab before ni Efa tak pernah dapat Straight A . Mama , ayah , friends , teachers , and all of you for the support . Congrates for who get result with flying colours . 

Friday, 2 December 2011

Ohh MRSM .

Assalamualaikum . Petang tadi Effa pergi Ujian Kemasukan Kelayakan ke MRSM (UKKM) . Effa pergi dengan ayah je sebab mama ada hal . Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 12.30 , pergi awal sebab ayah rushing nak solat jumaat kat sana , mula2 ayah cakap nak drop Effa kat kolej and terus pergi solat , tetiba rasa keseorangan . Tapi Alhamdulillah dekat kolej tu dah taraf masjid so boleh solat dekat situ . Kira selesai masalah . Tiba2 masalah lain datang , tempat untuk perempuan tak muat nasib baik masa nak pergi tu ada seorang makcik ni nak sembahyang sama , makcik tu yang carikkan tempat solat , Alhamdulillah lagi Allah permudahkan .

After solat , berbual-bual dengan makcik tu , cerita pasal anak dia padahal anak dia ada je kat sebelah . Dah check2 nama semua , tanyalah kat anak makcik tu , nak tahu tak nama anak dia apa ? Nama dia Iffah Huwaina sedapkan , memang cantiklah Effa berkenalan dengan Iffah , ada chemistry tang nama tu . Iffah tu sekolah Maahad Tahfiz Klang . Tahfiz tu jangan main-main . Tengok kat sana semua dok baca buku , yang Effa ni dah la study sikit je , tak bawak buku pulak tu . Muka semua TEKUN lagi KHUSYUK membaca .

Dalam lab dapat duduk sebelah perempuan nama dia Nor Aznizza . Nama dia ni Effa curi2 tengok , nak berkenalan tapi tak sempat . Soalan Mathematics susah bagi yang tak study . Science ok2 aje . Soalan keperibadian memang best sangat ,tanya pasal diri sendiri , yang peliknya soalan tu tanya pasal Aiman , macamlah Effa tahu Aiman mana yang dimaksudkan . 

Habis pukul 5.15 ,lambat sikit sebab mula lambat . Masa balik tu perut dah menyanyi-nyanyi , tak sabar nak makan , mana tak nya dari pukul 9 Effa tak makan , tak sempat nak makan , habis je terus belasah roti , 2 pulak tu memang lapar tahap gaban . Ok lah tu je nak cerita , rasanya dah macam karangan yang terkeluar tajuk dah ni , marah pulak cikgu Bm nanti .

Thursday, 1 December 2011

pemergianmu sangat perit

pemergianmu sangat perit ? mesti ramai yang tanya(ramai ke ?)  siapa meninggal ? Ada orang mati ke ? Effa bukan nak cerita pasal orang meninggal tapi mahu cerita my loving cusin yang baru meninggalkan SELANGOR dan pulang ke JOHOR . tadi pukul 2.30 pm hantar dia ke SEREMBAN bukan AIRPORT ye . naik kapal terbang mahal kot . Pergi JOHOR dekat je usah le naik kapal yang terbang kat udara tu . Tapi kalau dah terbanyak duit apa salahnya kan . Ye dok ?


inilah my loving cousin . nama dia Ungku Shakira .

My cousin ni baru habis SPM selasa lepas . Rushing balik sebab dah rindu kampung halamannya . Aceh buat cerita pulak . dia balik sebab ada hal . so sad . Tak da lah gang kat rumah nak story-story . sob sob . tak da lagi gang nak gossip2 . Hrm , akak take care ye kat sana , jangan lupa orang SELANGOR . effa kat sini sentiasa merindui akak . before tu pesanan dari penaja . 9/12 ni effa balik kampung kita jumpa lagi lah nanti . 

meh kenal-kenal dulu

Assalamualaikum . nama saya effa . nama dalam ic tak perlu tahu lah kan . i'm new in blog . so nak banyak mintak tunjuk ajar lah ye adikkakakabang . harap semua dapat tolong effa . dah lama nak buat blog tapi asyik tertangguh je . tapi akhirnya dapat jugak . fuhh! first oost so tak tahu lagi nak story apa .